....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 12, 2011

ini cherita akuh !

salam mesra warga blogger~

n3 kali ni akuh nak bersuara habis-habisan tentang diri, hidup dan juga sikap akuh sendiri. biarpun tiap kali akuh menaip di papan kekunci, tiap kali tuh jugak mulut akuh akan mengeluarkan suara seakan mengomel. tapi kali ni tidak, sebab akuh sedang menghadapi konflik dengan mulut.(gara-gara terkena pukulan daripada sang lappy pagi tadi) damn ! agak bengkak sikit, hope esok daa sembuh la. aminn~

ok.. mengenai n3 akuh ni, kenapa akuh perlu menekankan hal diri, hidup n sikap akuh ? sebab akuh nak korang tahu dan buat penilaian tentang kehidupan akuh. kedengaran agak sadis jek n3 ni, tapi ni lah hakikatnya. biar orang kenal akuh melalui cara ini. dah, malas nak bebel lagi. kita teruskan, ya !

bagi mereka yang baru kenal akuh atau tak pernah nak kenal dengan akuh, mereka perlu tahu yang akuh sememangnya seorang yang pendiam. tapi bila dah lama kenal atau orang yang akuh kenal tuh sekepala, akuh jamin mereka pasti tak kering gusi melayan akuh. akuh pon sebenarnya tak pilih bulu atau dalam erti kata lain tak pilih darjat nak kawan dengan orang. biarpon orang tuh kaya ke miskin, kurus ke gemuk ke, cantik ke kacak ke or what so ever, akuh tetap kawan dengan mereka dengan ikhlas hati.

 cuma, akuh tak tahulah mereka punya perasaan yang sama dengan akuh atau tidak. atau mereka terpaksa kawan dengan akuh sebab akuh punya kawan yang mereka suka. wallahualam.. ye, akuh sedar akuh bukanlah seorang kawan yang punya pakej yang lengkap, malah tak sempurna. akuh pon bukanlah mengejar title or pujian untuk kawan dengan orang. tak kiralah mereka tuh laki atau perempuan. so, korang ! akuh bukan jenis yang bajet HOT cuma akuh akan elakkan dari berkawan dengan mereka yang tak punya masa depan atau yang boleh membawa ke arah kesesatan dan kerosakan. mintak simpanglah !

so, sekarang akuh masukkan sikit bab kehidupan akuh. biarpun akuh ni dibesarkan dari keluarga yang memang tak sempurna tapi akuh bersyukur yang kihidupan akuh tak dicemari dengan perkara2 yang mambawa kepada kesesatan. tak habis-habis dengan kesesatan kan  hahaha... yelah, dibesarkan dalam keluarga yang kucar-kacir. maksod akuh disini adalah masyarakat paling takut untuk dibesarkan dalam situasi keluarga yang akuh sebutkan tadi. memang rasa agak serik jugak tapi rupanya akan ada hikmah disebaliknya kelak.

ye, kadang2 akuh akui yang akuh sangat cemburu melihat kawan2 yang lain punya keluarga yang sangat2 sempurna. punya ayah ibu yang sangat ambil berat hal anaknya. cemburu melihat mereka boleh berkongsi cherita, suka dan duka, berkongsi segalanya. tapi akuh, memang hanya mampu melihat dan berkongsi rasa gembira dari dalam hati.

selain akuh tak punya keluarga yang sempurna, akuh jugak tak punya apa2 pakej yang sempurna lah termasuklah rupa paras mahupun harta benda. tapi 1 jek yang akuh berani mengaku yang akuh punya kesempurnaan, iaitu akal fikiran dan hati. sebab apa ? sebab akuh pakar dalam menilai apa sahaja yang akuh rasa perlu akuh nilaikan. dan akuh amat2 teliti bila menilai seseorang atau sesuatu. 

saat akuh bergelak ketawa, jangan korang sangka yang akuh memang sedang riang melayan perasaan itu. tapi sebaliknya dalam situasai itu, akuh boleh membuat pelbagai tafsiran yang selalunya memang tepat dan mengena. so, hati2 k !

akuh memang sukakan cabaran dan akuh bencikan perkara yang remeh temeh.ye, sifat akuh memang lebih kepada kenakalan dan akuh berjiwa ganas meskipon korang akan lihat dari rupa paras akuh memang nampak seakan gadis yang sopan, lemah lembut, comel, keanak-anakan. tapi, siapalah akuh yang nak menukar kejadian ciptaan ALLAH. biarpon luaran akuh nampak sebegitu tapi dalaman akuh memang agak bertentangan. malah akuh bersyukur sangat sebab akuh tak terlampau bergantung kepada sesuatu. misalan, totally bergantung hidup pada keluarga mahupon orang lain. akuh yakin yang akuh mampu buat segalanya sendiri biarpon perkara itu sepatutnya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. Belum cuba belum tahu kan !

ok lah, akuh rasa korang pon tak nak baca n3 yang sebegini panjang berjela-jela kan. biar akuh stop kat sini dulu. lain hari akuh sambung lagi ya..

*_^

waktu : malam
cuaca : dingin
masa : 10:55pm

No comments:

Post a Comment