....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 20, 2011

kantoi yang sebenarnya,,

sambungan cherita yang sebenarnya~




hahaha, kantoi yang akuh maksudkan ni adlah berkaitan dengan mamat satria merah. kalau korang penah baca n3 sebelum ni yang akuh cheritakan pasal dia tuh, mesti tau.

minggu ni, bila akuh perhatikan dia macam nak menjauhkan diri daripada akuh jek. padahal akuh da jarang sangat kot dapat bertembung dengan dia.

bukan ape, petang tadi masa tengah jalan nak temankan member akuh beli setem kat account department, terserempaklah dengan dia. masa tuh dia kat depan surau college akuh. maybe masa tuh dia baru abes solat zohor kot, akuh pon tak bape nak perasan kelibat dia kat situ.

akuh perasan dia pon sebab bff akuh bagi hint suruh tengok dia. masa akuh toleh nak tengok dia, memang kitorang saling bertentang mata. cayalah ! tapi, tak lama coz tetibe dia terus berpaling tempat lain secara mengejut. hah, akuh perasan. dia macam da tau akuh selalu usha dia lah tuh. masalahnye kalau dia berpaling muka tuh boleh accept lagi. tapi ni dengan badan2 sekali berpaling daripada bertembung dengan akuh.
tak tau lah dia ni malu ke ape, tapi yang pasti agak segan pulak bila dia buat cara camtuh. nampaknye lepas ni dia mesti cuba ngelak daripada bertembung dengan akuh la tuh.

takpe. kalau awak rasa itu yang terbaik bagi awak untuk taknak bertembung dengan saya. tapi, selama mana pon awak ngelak dari bertemu dengan saya, pasti suatu hari nanti kita akan dapat bersemuka jugak. college kita tuh tak pernah berubah posisi. ceruk mana pon yang awak lalu, saya sangat yakin kita akan berjumpa jugak. kita tunggu ok !

alah, setakat nak kenal jek pon. jangan lah nak malu pulak kan. menurut sumber yang boleh dipercayai, dia ni memang tak punya perasaan. orang cakap pape pon still buat muka slumber. tapi, kenapa dia boleh buat camtuh masa akuh pandang dia ek. sebab cara dia tuh lah membuatkan akuh nak kenal dengan dia sangat2 n selalu nak tau perkembangan dia.

awak, saya nak kenal dengan awak sebab cara awak lain dari yang lain. perwatakan n perilaku awak pon lain dari yang lain. awak tak macam kebanyakan lelaki yang saya jumpa n kenal. saya pon tak pernah kenal dengan lelaki yang pemalu n sopan macam awak. ni first time saya tertarik dengan lelaki macam awak. saya tengok awak macam jarang sangat berkomunikasi dengan perempuan. itu lagi membuatkan saya berminat dengan awak. awak pendiam, tapi verstail. dengar kata awak ni nerd, dah sah2 lah awak ni pandai dalam pelajaran kan. tapi sudi tak awak nak berkawan dengan saya ??..

akuh bukan lah terhegeh-hegeh sangat kat dia. kalau dapat kenal n berkawan tuh pon da cukup baik untuk akuh, tapi kalau lebih daripada tuh kira bagus n satu bonus la buat akuh, kan ! ok lah, akuh taknak lah letak harapan yang tinggi sangat untuk feedback or reaction daripada dia kat akuh nanti. cuma akuh harap dia taklah terfikir untuk menjauhkan diri daripada akuh sebab cherita kantoi ni. lagipon bukan akuh sorang jek perempuan yang pernah usha lelaki sampai camni sekali kan.. whatever lah !

papepon lepas ni kita tunggu n lihat jelah ape situasi n cherita antara akuh n dia nanti.. 
*saya tak dapat lupa cara awak avoid dari bertembung dengan saya tadi. nampak comel jek, tapi kelakar. saya pulak yang naik segan, huhuhu.. (^_*)

terima kasih encik google~


waktu : malam
cuaca : panas giler !
masa : 22:38pm 

No comments:

Post a Comment