....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

27 september 2011

tarikh ni nak kata penting tak jugak, nak kata tak penting pon tak jugak. tapi, tarikh ni akuh akan ingat sampai bila2(selagi boleh ingatla). 


tarikh ni tarikh dimana harinya jatuh pada hari selasa. hari selasa ni merupakan hari pertama akuh keluar dengan zafran a.k.a satria merah. keluar makan. bukan berdating.


lebih kurang pukul7:00pm kami keluar bersama. sepatutnya kami keluar sedikit awal tetapi memandangkan akuh ade program dengan mentor terpaksalah melewatkan waktu hang bersama. 

then, masa pukul 7 tuh dia dah tunggu akuh kat tesco area kampus. kami bergerak ke area jusco bukit raja dengan menaiki kereta kesayangannya, satria merah. hati berbunga-bunga bagai weyh !!! huhuhu.. tapi kesian kat dia, dia dah tunggu akuh kat tesco tuh hampir satu jam lebih la. hohhohoho...


kami gi ke jusco bukit raja coz dia dah janji nak belanja akuh makan desert. n pilihan desert akuh lak agak demand. dia yang janji nak belanja akuh desert, so pilihan desert akuh sudah semestinya BR. huhuhu.. sampai RM14.85 harga ice cream yang akuh pekena dia. bukan pisau cukur, dah dia yang suruh akuh pilih jek ape yang akuh nak. so, paham2 la kan..


ohh, sebelum terlupa, kawan2 akuh ada jugak teman akuh keluar bersama. thanks kepada cik nina, ezlin(bff) n wan yang sudi teman walaupon keadaan wan yang tengah demam masa tu. then, akuh dengan rasa kasihan telah meminta wan n nina pulang ke rumah sebab tak sampai hati melihat keadaan wan yang tengah menggigil. so, tinggal ezlin yang menemani akuh jalan2 dengan zafran.


selepas makan BR, dia ajak akuh masuk kedai buku MPH. katanya nak usha buku, hmm.. budak nerd la katakan kan... hampir setengah jam baru lah kami bergerak menghantar BFF akuh ni balik rumah coz dia tak boleh balik lewat. before that, zafran ajak gi supermarket. katanya nak beli barang. rupa2nya dia hanya nak beli sushi. ceh !! akuh pulak hanya nak beli air mineral jek, tapi dia sempat rampas air yang akuh nak beli semata2 nak bayar untuk akuh. so sweet, tapi rentapan dia tuh giler tak mesra. huh !


so, lepas tu kami pon gerak pulang untuk hantar bff. sepanjang perjalanan tu kitorang berborak panjang. kesian ezlin asyik kena perli jek. akuh pulak hanya mampu tersengeh n tersenyum sebab soalan yang bff akuh tanya kat zafran dah pon ditanya olehku awal2 lagi. oh, lupa. masa gerak ke jusco, hanya akuh n zafran jek dalam kereta satria tu. bff, cik nina menaiki kereta wan. 


selepas bff akuh selamat sampai di rumahnya, akuh meminta tolong zafran untuk membetulkan seat kereta kembali ke tempat asal tapi ayat yang terkeluar daripada mulut dia sungguh akuh tak sangka. dia ingat akuh tak dengar ke hah ?!! masa tu bff akuh nak keluar daripada kereta dari seat belakang. kalau kereta satria yang hanya mempunyai 2pintu sahaja. so paham2 la kan..


akuh mintak tolong jek pon, tolong betulkan seat jek. ada ke dia cakap "biar dia buat, lama2 pandai lah tu" kat bff akuh. tersentak siot ! ceh, akuh mana lah reti. hmm, pekakkan jela telinga. then, kami ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah akuh untuk teman dia makan.kesian, dia lapar rupanya. mana taknya, dari informasi yang diberitahu dia hanya makan roti jek sepanjang hari.


setibanya di kedai makan, akuh berkeras tak mau order makanan coz akuh jarang makan waktu malam. tapi dia ni kadang2 ego jugak ! dia paksa akuh order makanan sekali, kalau tak akuh kena kongsi makanan dengan dia. arghhhh, tak mau akuh !!! so, terpaksalah akuh order bihun goreng jek. tu pon tak abis n dia kena paksa pulak dengan akuh untuk habiskan bihun akuh tuh. hahaha, kesian dia lagi ! tapi tak habis pon coz bihun tu memang tak sedap. uhuhuhuuhuh...



sepanjang di kedai makan, kami berborak, bermain mata, bergelak ketawa, n perli memerli bersama2 agak lama. hampir satu jam setengah kami berada di kedai makan tu. disebabkan akuh ada hal yang kena buat malam tu, so terpaksalah akuh n dia menghentikan perbualan n pulang ke rumah. hampir pukul11:15pm barulah akuh selamat sampai ke rumah. huuhhu...


tak sangka, begitu singkat cara perkenalan kami tapi connection antara akuh n dia macam dah lama kenal. huhuh.. 

No comments:

Post a Comment