....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 1, 2011

salam al-mubarak

salam ramadhan al-mubarak warga blogger~





diam tak diam kita da masuk ke bulan ramadhan juga awal bulan ogos. untuk warga blogger sume saya ingin mengucapkan selamat menempuh bulan yang akan menguji kesabaran dan tahap keimanan kita, selamat menahan lapar dan dahaga, selamat juga untuk persediaan hari raya kelak.

harap bulan ramadhan kali ni dapat juga membuat hati akuh tenang, even da nak masuk 6 tahun sambut ramadhan tanpa orang yang tersayang disisi. namun, dengan orang-orang yang rapat disisi yang selalu bagi harapan n semangat untuk berjuang seperti adik beradik akuh n kawan-kawan, dapat memberi akuh sinar baru untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ni dengan bermakna. insyallah, aminnn~


cuma, tahun ni sambut ramadhan dalam suasana yang baru. sambut dengan muka-muka baru, dengan cara yang baru. baru disini bermaksud, sambut ramadhan dengan kawan-kawan baru yang da sebati dianggap sebagai keluarga kedua, baru disini bermaksud, terpaksa menempuhi bulan ramadhan dalam suasana pembelajaran. terpaksa berkejar menghadiri kelas dalam keadaan lapar dan dahaga disiang hari. awal bulan puasa ni juga terpaksa dijalani bersama dengan mid-sem exam. 


ya, ia merupakan sesuatu yang amat2 baru dalam tahun ni untuk akuh tempuhi. pastinya akan mencipta pelbagai kenangan. pastinya akan memberi akuh kefahaman tentang kegembiraan. terima kasih TUHAN, dalam ketidaksempurnaan akuh menempuhi hidup, KAU selitkan kesempurnaan lain bagi melengkapkan hidupku ni. Sesungguhnya, KAU yang MAHA ADIL dalam memenuhi KEHENDAK MAKHLUKMU.

selamat berpuasa~ ^__*

waktu : tengahari
cuaca : redup
masa : 02:05pm

No comments:

Post a Comment