....

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 11, 2011

raya dengan family baru :)

selamat tengahari blogger~


cherita yang nak akuh kongsikan disini adalah berkaitan dengan pengalaman beraya bersama family baru(rakan2MSU) semalam. hampir 5buah rumah yang kami kunjungi. perjalanan dari shah alam-KL-PJ-meru klang-puncak alam.

daripada mood happy n excited nak konvoi raya ramai2, last2 bertukar sedikit bosan n tak selesa. ni semua gara-gara stuck in traffic kat kL. hampir 3jam tersangut dalam kesesakan jalan raya.
al-kisah, konvoi kami mewakili 3buah kereta. 2buah kereta telah berkumpul n bergerak ke KL bersama2 dari shah alam. dan sebuah kereta lagi akan turut menyertai dari kL. sebaik sampai di kL(wangsa maju), member2 yang lain terpaksa singgah di rumah syed untuk membuang hajat. akuh yang telah menumpang kereta orang terpaksa bergerak dahulu ke bandar tun razak kerana nak menjemput seorang lagi rakan yang akan menyertai konvoi ni.

sepatutnya akuh menaiki kereta sendiri tetapi disebabkan faktor malu dan segan beberapa orang rakan lelaki akuh yang berkeras tak mahu menompang kereta si Helmi ni, akuh dengan terpaksa menawarkan diri menaiki kereta lain. so, akuh telah mengamanahkan kepada 2 orang rakan untuk menjadi pemandu berhemah untuk memandu kereta akuh tu. so, akuh menompang kereta Helmi yang juga dinaiki oleh Shibli(ex-person yg akuh pernah admirer) huhuh..
dalam perjalanan nak menjemput seorang rakan(arif) di bdr, tun razak tu, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam berterusan menjadi 2jam akibat kesesakan orang kota menyambung aktiviti raya mereka. akuh yang duduk berseorangan di seat belakang hanya mampu mengeluh, membebel n melayan perasaan kerana mood semakin hilang pada waktu tu. Helmi n Shibli sudah mula menyanyi sambil menjerit2 untuk mengurangkan sedikit tekanan perasaan kerana menempuh kesesakan jalan. 

akhirnya, tepat pukul3.30 barulah kereta kami sampai diperkarangan rumah nina(classmate) yang terletak di jalan semarak. kami berkumpul di rumah nina sebelum bergerak menyambung konvoi ke rumah yang seterusnya. masa ni akuh telah kembali ke kereta kesayangan. selesai beraya disekitar kL, kami bergerak ke PJ, rumah helmi. kereta akuh n syed telah tersesat disekitar PJ kerana tak tahu jalan. huhu, puas setengahjam pusing akhirnya sampai jugak pada pukul7.45malam. dan tepat jam 8.30malam kami bergerak ke rumah kak linda yang terletak di meru klang.

di rumah kak linda lah yang paling meriah. semua sudah stress n mula membuat sesuatu yang agak menggilakan. kebetulan di rumah kak linda mempunyai set drum. so, rakan2 lelaki akuh ni mula menunjukkan aksi stylo diorang dengan berebut-rebut nak tunjuk kebolehan dengan bermain drum. habis riuh satu rumah ! then, selepas aktiviti tu tamat. kami meneruskan konvoi raya ke rumah yang terakhir iaitu iqa yang terletak di puncak alam. masa pada waktu itu sekitar pukul10.45malam n suasana hujan telah menyertai kami. 

kami tiba di rumah iqa sekitar kul11.15malam, kami terpaksa jugak bertandang ke rumah iqa sebab beliau telah menyediakan hidangan untuk kami dari patang lagi. tepat jam12malam, kami terus bergerak balik ke shah alam unutuk menghantar rakan2 yang menetap di situ. hampir pukul 1.15 pagi barulah akuh tiba dirumah dengan selamatnye. dalam hati timbul rasa risau kalau2 kena marah dengan family ke kan.. tapi alhamdulillah, akuh da terangkan situasi yang sebenar kat family pagi tadi n mereka memang memahami. huhuu..
ni pengalaman pertama beraya bersama keluarga baru yakni rakan2 di kolej yang dah agak rapat. macam2 peristiwa yang berlaku seperti, nyaris xcident, minyak kereta yang hampir kering, tersesat jalan n berparti didalam kereta akibat menangani stress. semua cukup sempurna dalam mencipta pengalaman bersama mereka. insyallah, jika berkesempatan lagi, kami akan membuat aktiviti seperti ni lagi tahun depan. yang sedih, fatin, opie n wan tak dapat turut serta semalam. huhu..

 waktu: patang
cuacaa: terik
masa:01:15 pm

No comments:

Post a Comment