....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 3, 2011

belum bersedia !

selamat petang semua~



berikutan daripada n3 diatas, kenapa tajuk n3 akuh begitu. jujur akuh katakan disini yang akuh masih belum bersedia. bersedia untuk apa ???
ok, sebelum tu. akuh hanya bercherita mengenai sipolan satria merah tu je kan ?? sebenarnya akuh jugak sedang berkawan dengan seseorang. identiti pemuda itu tak perlulah akuh heboh2kan dalam laman sesawang ni. akuh tak nak bercherita pasal dia sangat. bukan apa, takut benda tak menjadi. bukan nak merahsiakan cherita baik macam ni, seperti yang akuh fokuskan kat tajuk n3 akuh ni, belum bersedia !


sidia yang akuh sedang berkawan secara perlahan2 n sedang mengenal hati budi masing2 ni telah bertanyakan soalan yang akuh sendiri pon tak jangka. al-maklumlah, sidia ni sangat akuh hormati sebagai orang yang lebih berumur dan punya ilmu pengetahuan yang meluas. tak akuh jangka sidia boleh bertanyakan soalan sebegitu.
soalannya berbunyi macam ni-
(perbualan melalui text, dimulakan oleh akuh)

akuh : awak..
sidia : ye..
 ...
(text seterusnya selepas di atas ni tak perlulah akuh selitkan, sambung selepas beberapa text yang lain.)
sidia : kenapa farah malu2 dengan saya time jumpa ??
akuh : saya memang pemalu lah, awak..
sidia : bila nak bawak saya jumpa nenek n atok awak ? :)
akuh : bila awak free ??
sidia : saya bila2 free je. hehe farah buat ape tu ?
akuh : sedang membuat 3perkara. homework, online fb n reply text awak lah. awak ??
sidia : xbuat ape pun.. text ape kat saya ?? xkan rindu saya ? :P


(text seterusnya tak dapat dihantar kerana : no network coverage ! ceh, tengah loving2 sikit, ada je gangguan. kesian dia tunggu text akuh tak muncul2 lepas tu)


di sini akuh nak bagitahu, akuh sedia berkawan dengan sesiapa sahaja. sedia mengenali diri seseorang yang betul2 nak mengenali akuh tapi untuk ke arah lebih serius dalam hubungan, jujur akuh katakan masih 50-50.

sidia masih menunggu untuk keluar bersama-sama lagi, tapi akuh pulak masih terkebil-kebil nak mencari waktu yang sesuai. sidia dah tau latar belakang family n life akuh, mungkin dia nak jumpa family akuh untuk mengenal lebih rapat lagi kot. mungkin !

tapi, akuh tak tau kenapa tetiba bila sidia bagitau macam tu, akuh terus tak tenteram. tak sediakah, mungkin ?? mungkin..

masih banyak perlu akuh perbaiki diri ini sebelum membawa sidia berjumpa dengan family. masih belum cukup sempurna fizikal dan mental untuk membenarkan sidia bermesra dalam family akuh. meskipon family akuh sudi menerima kedatangan sidia bila2 masa sahaja. tapi, nanti2 lah. bukan sekarang.


belum sampai masanya lagi. nanti, bila akuh betul2 sudah bersedia barulah akuh akan kenalkan dan bawak dia jumpa seluruh kaum keluarga akuh. cuma, akuh perlu berdoa, meminta pada-NYA supaya sidia boleh menanti dan bersabar menunggu akuh.


cukup rasanya akuh meluahkan apa yang telah membuatkan hati akuh tak tenteram kat sini. untuk bercherita pasal sidia lagi mungkin tidak selepas ini. tunggu masa yang sesuai dan punya kata2 yang sah, barulah cherita antara kami akan dihebahkan. ^__^

No comments:

Post a Comment