....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 29, 2011

mungkin ade hikmah disebaliknya

selamat malam blogger~


title n3 kali ni memang betul2 menyedapkan hati akuh yang tak berapa nak sedap.. mungkin jugak terdengar sedikit pasrah disitu, tapi ni la kenyataannya. 
okok, akuh cheritakan yang sebenarnya ape yang terjadi. ni ade kaitan dengan budak satria merah tuh la. mulai saat ni, akuh terpaksa, harus n paling tepat sekali adalah WAJIB untuk mengingatkan diri akuh sendiri untuk lupakan saja niat untuk berkenalan, untuk saling jatuh chenta, untuk saling mengadakan hubungan secara langsung atau tidak dengan budak berkenaan. sebab ape ??

 sebab, siang tadi masa on the way balik daripada lepak makan dengan geng2 akuh kat area shah alam, akuh terserempak atau boleh dikatakan bertembung or berselisih dengan dia. masa tuh akuh dalam kereta salah sorang member akuh tuh, akuh nampak dia tgh drive, maybe nak balik rumah la kot. akuh pon terus la bagitau kat bff n member2 akuh yang ade kat lam kete pon perasan.

tapi, akuh perasan yang dia bukan berseorang diri kat lam kete tuh. kat sebelah dia ade sorang girl. masa kat lam kete member akuh ni, akuh n bff saling berpandangan n tak terkata. then , selang beberapa minit baru la bff akuh bersuara yang membuatkan akuh tak berapa nak yakin. "weyh, dia dengan perempuan la. ade perempuan kat lam kereta dia tuh, sape ek ? awek dia kot". damn ! untuk menyedapkan hati, akuh menafikan kata2 bff akuh tuh tapi....
sume member kat lam kete tuh setuju dengan kata2 bff akuh ni. ceh, lagi la sentap hati akuh. tetibe, sorang member akuh menyampuk. "orang yang macam tuh, kadang2 tuhan nak tunjuk diri orang tuh yang sebenar." ye, kata2 kau ni akuh sangat setuju syed. bila akuh dalami kata2 kau ni, memang mendalam maksudnya. terima kasih ya !

sedang akuh leka layan lagu stacy kt pc kt CC tempat akuh pernah kerja part-time, tetibe bff akuh memulakan sesi minta nasihat kat abg yang keje kat cc tuh. 
bff : abg man, ape ek perasaan seseorang tuh bila frust ?
abg man : hoh, sakit kot ! kecewa giler. awat ?
bff : yela, camne tuh ?
abg man : selalunya org frust ni suka menyendiri.tapi kena tanya kat diri sendiri jugak, ape salah kita.
bff : tapi kalau kita tak sempat nak luahkan perasaan kita kat org tuh.
abg man : rugi la. hmm, awat ? sapa yang kecewa ni ?
bff : xde sape(sambil pandang muka akuh)
akuh : haa, nak cakap akuh la tuh.
bff : mana ade. hmm, abg man. abis tuh kalau orang tuh tak tau yang kita suka kat dia, tuptup kita nampak dia jalan dgn perempuan lain.
abg man : menyesal la, kenapa tak gtau awal2. tuh salah kita sendiri la. kita kena tanya diri kita balik.
bff : ohh.. tapi kalau orang tuh tau kita suka dia tapi dia da ade perempuan lain.
abg man : haa, yang ni memang dia tak suka kat kita la kot.

ok, abis suda sesi nasihat tuh. yang pasti hati akuh sekarang memang tak tenang dengan kejadian siang tadi. macam2 andaian sedang menari-nari kat kotak minda. betul ke dia sudah berpunya ?? patut ke akuh lupakan jek hasrat akuh untuk kenal2 dengan dia ??

hmm, nampaknye memang patut la kot kan.. takpe, nasib baik tuhan tuh maha adil DIA tunjukkan perkara yang sebenar daripada akuh terus-terusan dengan perasaan akuh yang tak pasti ni. kan. biar kita dapat tau sesuatu perkara itu dengan awal supaya kita boleh siap sedia dengan tindak balas yang positif daripada dapat tau sesuatu perkara yang lambat laun yang akan membuatkan kita akan berasa menyesal.

cukupla cherita untuk hari ni, lepas ni akuh kena study lebih coz selasa depan tanggal 2 ogos 2011 bermulalah mid-sem exam. so, akuh kena lupakan perkara yang da terjadi ni n terus fokus dengan komitmen study.

waktu : malam
cuaca : hangat
masa : 11:00pm

Wednesday, July 27, 2011

happy belated my friend

happy belated my friend~

semalam akuh n beberapa orang member celeb belated birthday 2 orang member akuh yang agak rapat jugak lah.. saja buat surprise kat dorang berdua.. yela, diorang ni adalah insan yang agak kelakar dalam geng kitorang. kitorang celeb birthday nina & julia.

dua insan yang dilahirkan pada awal bulan julai. memiliki perwatakan yang memang agak jauh beza. sorang pemalu yang teramat n sorang lagi kalau gelak hoiii tak hengat dunia beb !

sebab tuh kitorang celeb birthday dorang even da terlewat beberapa hari n minggu. tapi yang sedihnya ramai geng akuh tak dapat nak join bagi memeriahkan celebration ni.. 

 ni lah kek birthday~


 ni lah dua orang insan tuh 'birthday girls'. jue & nina. sorry, jue. akuh letak pic ni sebab nak wat kenangan jek

 ni pulak antara insan2 yang terlibat. thanx untuk korang~

 pape pon, tanpa beberapa orang yang tak berkesempatan nak celeb birthday ni pon tetap meriah jugak. akuh happy bila korang happy~ *_^
 
 

mungkin...

salam kegelapan warga blogger~



n3 kali ni akuh nak refer sikit pasal n3 'kantoi yang sebenarnya'. yang ada kaitan dengan budak satria merah ni. ingat lagi takk ??? hmm, takpe. biar akuh straight to the point ja lah... kat n3 tuh kan akuh de mention pasal dia nak avoid daripada bertembung n terserempak n terjumpa n ketemu dengan akuh kan.. n akuh pon de sebut pasal sejauh mane pon dia nak ngelak dari bertembung n terserempak n terjumpa n ketemu dengan akuh kat kolej tuh dengan cara apa sekali pon confirm tak kan boleh punya.. sebab.. akhirnya dia selalu akan bertembung n terserempak n terjumpa n ketemu jugak akuh setiap hari. even sekali.


kenapa akuh kate camtuh, mesti ade sebabnya kan ???
nak tau ke ?? k, akuh cherita sikit.. camni, n3 'kantoi yang sebenarnya' ni akuh post masa hari rabu minggu lepas n akuh de kate maybe akuh takkan dapat ketemu dengan dia lagi kan ? tapi ternyata tak betul sebab setiap hari selepas hari akuh post n3 tuh akuh asyik tersermpak dengan dia jek. bukan rasa nak nyemak depan muka dia ke ape ke kan.. tapi benda da nak jadi, camne akuh nak ngelakkannya kan ??

selang sehari lepas hari tuh, akuh terserempak dengan dia kat tangga besar behadapan dengan usquare kat area kolej akuh tuh,masa tuh hari jumaat kalau tak silap la.. akuh n member yang lain masa tuh OTW(on the way) nak p class. akuh saja jalan cepat n tinggalkan member2 yang lain kat belakang yang jalan terkedek-kedek. sambil jalan tuh tetibe hati n minda akuh terfikir pasal budak tuh. hati n minda akuh tertanya-tanya camni, "agak2 akuh dapat jumpa dengan abg satria merah tuh ke tak'. tuptup, masa akuh tengah nak mendaki tangga, bff akuh tegur yang budak tuh tengah turun tangga kat hujung belah kiri tangga. akuh pon pandanglah sekilas sebelum terus mendaki tangga tuh lagi. lepas tuh akuh toleh semula kat budak tuh tapi hampa sebab kawan dia yang membalas pandangan akuh dari jauh. akuh rasa dia daa perasan yang akuh da nampak dia dulu la tuh. that's y dia saja2 wat tak pandang. ceh ! takpe.. *mentang2 kau nampak comel pakai baju melayu kaler purple time tuh.


then, masa hari isnin pon akuh n dia tersermpak lagi. kali ni kat area tangga jugak. akuh nak turun n dia pulak nak naik. so, terserempak yang agak sekejap sangat coz masing2 tengah rushing nak ke class kan.. so, sambung cherita tersermpak lagi semalam. masa tuh akuh baru driving masuk kat area tesco sebab nak amek mamber akuh. masa tuh akuh parking lah kat tepi koridor dekat dengan pintu masuk tesco. tetibe bff akuh tegur n tunjukke arah budak satria merah tuh. kebetulan akuh pon terpandang ke arah dia, n dia pon terpandang kat area akuh n bff. sepantas kilat terus dia toleh tempat lain n blah. ceh ! takpe. nasib baik la time tuh pon akuh de benda yang perlu diutamakan daripada kau. huhuhu... *mase tengah nak cari parking tuh sempat jugak usha kereta satria merah dia, ahahahah.. dia parking kat area yang sama jugak lol.


cherita hari ni pulak, akuh bertembung n terserempak n terjumpa n ketemu dengan dia lagi. kali ni kat perfoming art theater(PAT). masa tuh akuh ade sesi arus perdana dengan pihak PTPTN berkaitan pinjaman. dari pagi tunggu sampai lah ke tengah hari tak jugak selesai urusan dengan pihak ptptn tuh. so, sesi seterusnya bersambung selepas waktu lunch. lebih kurang lam kul1:30 petang, akuh n member2 yang lain pon kembali semula kat PAT untuk teruskan sesi. masa tuh akuh terperasan ade sum1 yang akuh kenal ade turut serta untuk sesi ni. rupanya kawan baik si budak satria merah tuh. patutlah dia dok pandang2 jek. rupanya dia nak ngintip kot.. huhh

lebih kurang nak dekat kul3:30 petang, urusan akuh dengan pihak PTPTN tuh pon selesai dengan jayanya. sementara tengah tunggu ade salah sorang member akuh sedang berurusan dengan pihak yg berwajib tuh, akuh pon lepak la. dok layan perasaan sesorang. tetibe bff akuh tegur dari belakang n tunjuk ke arah sebelah kiri akuh. akuh toleh jek tengok rupa-rupanya budak satria merah tuh la ! sejak bila dia muncul pon akuh tak perasan. yela, sebok sangat layan perasaan sendiri tadi. kali ni jarak antara kami dekat sangat. 

akuh perasan yang dia dok curi2 pandang toleh ke arah kami. bila akuh buat2 pandang ke arah dia, pandai pulak dia kalih pandangan ke tempat lain. kau memang pandai !agak lama jugak keadaan kitorang main curi2 pandang tuh. sampai lah akuh pon nak blah tinggalkan PAT tuh. sempat jugak akuh pandang sekilas kat dia sebelum turun tangga. uhuhuhuh.... dia muncul kat situ maybe nak temankan member dia kot. tak pon member dia tuh balaci kat dia yang akuh ade sekali untuk sesi ni. yang ni wallahualam~

yang pasti akuh tak tau la kenapa akuh pulak yang segan nak pandang kat muka kau yang cute tuh. maybe sebab da terkantoi kan.. n akuh da kate, kita ada jodoh ! hahahah.. kali ni akuh nak avoid daripada terserempak dengan kau pulak lah.. huhhu.. serius akuh teramat SEGAN n MALU(blushing) bila terserempak dengan kau pulak. kenapa ekkk ???? hmmm....

mungkin ya.. mungkin tidak.. akuh pon tak berapa nak pasti sangat dengan perasaan akuh yang macam ni.. maksod akuh mungkin ye, dia pon de perasaan yang sama ape yang akuh rasa, atau mungkin tidak sebab dia tak menunjuk aksi yang positif untuk langkah yang seterusnya. hmm...
waktu : malam
cuaca : panas nak hujan kot
masa : 10:06pm

Sunday, July 24, 2011

carta hati

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku


Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah


Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia


Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya


hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati


Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita


lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…


kredit to : kiut google&4shared~

Thursday, July 21, 2011

today my life begins.

I’ve been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart’s been done so wrong
I wondered if I’d ever heal again..


Ohh just like all the seasons never stay the same..
All around me I can feel a change (ohh)


I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waithing it’s mine for the taking
I know I can make it today my life begins..


Yesterday has come and gone
And I’ve learn how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win..


Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)


I will break these chains that bind me happiness will find me
Leave that past behind me today my life begins
A whole new world is waiting its mine for the taking
I know I can make it today my life begins..


Life’s to short to have regrets
So I’m learning now to leave it in the past and try to forget
Only have one life to live
So you better make the best of it..


I will break these chains that bind me happiness will find me
Leave the past behind me today my life begins
A whole new world is waiting its mine for the taking
I know I can make it today my life begins..


I will break these chains that bind me happiness will find me
Leave the past behind me today my life begins
A whole new world is waiting its mine for the taking
I know I can make it today my life begins..


 song title : today my life begins
 singer : bruno mars

Wednesday, July 20, 2011

kantoi yang sebenarnya,,

sambungan cherita yang sebenarnya~




hahaha, kantoi yang akuh maksudkan ni adlah berkaitan dengan mamat satria merah. kalau korang penah baca n3 sebelum ni yang akuh cheritakan pasal dia tuh, mesti tau.

minggu ni, bila akuh perhatikan dia macam nak menjauhkan diri daripada akuh jek. padahal akuh da jarang sangat kot dapat bertembung dengan dia.

bukan ape, petang tadi masa tengah jalan nak temankan member akuh beli setem kat account department, terserempaklah dengan dia. masa tuh dia kat depan surau college akuh. maybe masa tuh dia baru abes solat zohor kot, akuh pon tak bape nak perasan kelibat dia kat situ.

akuh perasan dia pon sebab bff akuh bagi hint suruh tengok dia. masa akuh toleh nak tengok dia, memang kitorang saling bertentang mata. cayalah ! tapi, tak lama coz tetibe dia terus berpaling tempat lain secara mengejut. hah, akuh perasan. dia macam da tau akuh selalu usha dia lah tuh. masalahnye kalau dia berpaling muka tuh boleh accept lagi. tapi ni dengan badan2 sekali berpaling daripada bertembung dengan akuh.
tak tau lah dia ni malu ke ape, tapi yang pasti agak segan pulak bila dia buat cara camtuh. nampaknye lepas ni dia mesti cuba ngelak daripada bertembung dengan akuh la tuh.

takpe. kalau awak rasa itu yang terbaik bagi awak untuk taknak bertembung dengan saya. tapi, selama mana pon awak ngelak dari bertemu dengan saya, pasti suatu hari nanti kita akan dapat bersemuka jugak. college kita tuh tak pernah berubah posisi. ceruk mana pon yang awak lalu, saya sangat yakin kita akan berjumpa jugak. kita tunggu ok !

alah, setakat nak kenal jek pon. jangan lah nak malu pulak kan. menurut sumber yang boleh dipercayai, dia ni memang tak punya perasaan. orang cakap pape pon still buat muka slumber. tapi, kenapa dia boleh buat camtuh masa akuh pandang dia ek. sebab cara dia tuh lah membuatkan akuh nak kenal dengan dia sangat2 n selalu nak tau perkembangan dia.

awak, saya nak kenal dengan awak sebab cara awak lain dari yang lain. perwatakan n perilaku awak pon lain dari yang lain. awak tak macam kebanyakan lelaki yang saya jumpa n kenal. saya pon tak pernah kenal dengan lelaki yang pemalu n sopan macam awak. ni first time saya tertarik dengan lelaki macam awak. saya tengok awak macam jarang sangat berkomunikasi dengan perempuan. itu lagi membuatkan saya berminat dengan awak. awak pendiam, tapi verstail. dengar kata awak ni nerd, dah sah2 lah awak ni pandai dalam pelajaran kan. tapi sudi tak awak nak berkawan dengan saya ??..

akuh bukan lah terhegeh-hegeh sangat kat dia. kalau dapat kenal n berkawan tuh pon da cukup baik untuk akuh, tapi kalau lebih daripada tuh kira bagus n satu bonus la buat akuh, kan ! ok lah, akuh taknak lah letak harapan yang tinggi sangat untuk feedback or reaction daripada dia kat akuh nanti. cuma akuh harap dia taklah terfikir untuk menjauhkan diri daripada akuh sebab cherita kantoi ni. lagipon bukan akuh sorang jek perempuan yang pernah usha lelaki sampai camni sekali kan.. whatever lah !

papepon lepas ni kita tunggu n lihat jelah ape situasi n cherita antara akuh n dia nanti.. 
*saya tak dapat lupa cara awak avoid dari bertembung dengan saya tadi. nampak comel jek, tapi kelakar. saya pulak yang naik segan, huhuhu.. (^_*)

terima kasih encik google~


waktu : malam
cuaca : panas giler !
masa : 22:38pm 

KANTOIIII

selamat malam warga blogger~

berkenaan dengan title n3 kali ni memang agak kantoi jugak lah bunyinye.. nak tau kenapa ??? sebab.. sebab staff2 kat college akuh tuh da tau akuh keje part-time kat kedai makan dekat jek dengan area college akuh tuh. damn ! staff2 tuh dah tau akuh keje kat situ boleh di terima lagi sebab akuh tak lah rasa segan sebab jarang berurusan dengan diorang sume, cuma diorang boleh terkenal dan ter'cam' akuh pon sebab akuh kan suka datang awal kat college tiap2 hari. so,, daripada situlah akuh bertembung dan ter'kenal'dengan diorang secara tak sengaja. tapi yang tak boleh blah, masa amek order sorang customer ni, customer ni siap ajak berborak bagai.
ingatkan beliau nak makan kat situ, rupanya beli bungkus. ceh ! okok, tuh pon boleh diterima lagi. yang paling tak boleh blah bila beliau soal akuh macam CSI. cuak pulak akuh time tuh. mane taknye, soalan beliau tuh ade kaitan dengan pointer beb ! rupa-rupanya beliau ni sorang lecturer kat college akuh tuh. tengok dari segi pertanyaan beliau kat akuh macam tak galakkan akuh keje jek. sebab (ikuti sikit dialog akuh dengan beliau)

beliau : kamu ni student MSU kan ?
(akuh boleh pandang heran jap sebelum mengangguk.)
beliau : keje part-time ke kat sini ??
(akuh ngangguk lagi. lepas tuh beliau pon ikut angguk secara slow2.)
akuh : kenapa eh ??
beliau : da dapat result da ??
(akuh lagi heran dengan soalan dia yang ni.)
akuh : erk.. nape ek ??
beliau : lama ke nak keje kat sini ???
akuh : hah ?! eh, tak lah. sampai cukup bulan ni jek KOT.
beliau : tak g class ke ??
akuh : g jek, lepas keje la. ikut time.
beliau : ouh.. pointer dapat berapa ??
(haaa, ni soalan yang akuh paling tak suka nak jawab !)
akuh : erk.. erk..
beliau : pointer ade dapat 3 n above ke ? nak saya failed kan ke ???.
(damn ! orang tua ni pahal hoh ?!)
akuh : haah, pointer lebih kurang camtuh la. eh, jangan lah ! nape nak failed kan pulak ???
(beliau geleng sambil tersenyum)
akuh : eh, nape ek ?? hmm..
(dia stil senyum jek, lagi buat akuh panas !)
akuh : uncle ni lecturer kat situ ke ??
beliau : yela..
akuh : hah, yeke..(sambil buat muka gelabah memanjang)
..tetibe bos akuh lalu sambil tersenyum tengok muka akuh gelabah masa berbual dengan uncle tuh.
bos : lecturer ke ?
beliau : haah.
bos : patutlah muka dia takut jek..

(bos pon blah sambil tersenyum n akuh tengok uncle tuh pon senyum jugak. damn ! padahal akuh bukan takut dengan uncle tua tuh, cuma heran.. tetibe jek tanye pasal result akuh n gertak akuh pulak !!!)

so, dipendek kan cherita. akuh just amek order beliau n selesai jek sume, terus akuh buat keje akuh. malas nak layan. actually, cherita kat atas ni bukan lah kantoi yang betul2 akuh maksodkan. tapi sebenarnya, ade cherita lain disebaliknya. nak tau ke ?? sambung next n3 la.. n3 ni terasa cam panjang pulak.

waktu : malam
cuaca : panas yang teramat sangat !
masa : 21:55pm 

Sunday, July 17, 2011

the only one !

hmm.. tetibe malam ni rasa sunyi.. sunyi sebab tak dengar suara garau dia.. sebab dia dah berangkat jauh nun ke utara~ dia berangakt kesana untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang pelajar.

dia yang akuh maksudkan ialah adik lelaki kesayangan akuh di dunia dan di akhirat. dia adik yang selalu buat akuh rasa geram, dia jugak adik yang selalu buat akuh rasa happy.

 ni lah empunya badan yang akuh maksudkan tuh.



 dia adik yang kadang-kadang pandai amek hati akuh, adakala masa akuh tengah marah atau bengang, tak sampai seminit akuh akan gelak. tak jadi nak marah lama2.. kau memang adik yang akuh sayang sampai mati lah ! even, akuh selalu marah, maki, kutuk kau. kau buat tah tahu jek. akuh marah pon sebab akuh nak hidup kau jadi baik, berguna untuk masa depan dik.. buktikan pada ibu yang dia punya anak yang boleh hidup berdikari walaupon dia tak ade bersama kita. (tetiba malam tadi akuh mimpi ibu, rindu sangat nampaknya) dan buktikan pada dua orang makhluk allah kat bawah ni yang dah rosakkan kehidupan keluarga kita, yang kita boleh hidup tanpa mengharapkan bantuan atau belas ihsan daripada mereka ni.
 ni papa akuh &mama TIRI kami.


 walaupon camtuh, akuh n kak bila boleh jaga kau lah.. tak perlu nak heran dengan orang kat atas ni. 
walauon camtuh, kau sambut jugak birthday kan tahun ni. akuh n kak bila usahakan jugak beli kek kat kau. beli kek ikut team bola sepak yang kau suka..
 tak lah besar mana pon tapi harap bermakna bagi kau, adik~

 pemotongan kek walaupon tercacat sebelah. huhuh

boleh tahan lah rasa kek ni..


 adik, ouh adik. lama kot kau blaja kat sana, tapi kalau ade cuti kau balik la sini. kita g jejalan sesama.. kau belanja.. hahaha.. lepastuh kita boleh klik pic sesama banyak2.. boleh akuh post kat blogg bebanyak nanti.. macam pic kat bawah ni..
 jangan salah faham, kami hanya adik beradik ok !

 erk.. grr~

 pic ni masa bercuti kat langkawi. kalau berkesempatan, nak g lagi..

bajet comel ke ?? hahhah

walaupon camtuh kan, bila kau da blaja kt sana. harap balik t kau akan bawak balik segulung sijil tanda kau da berjaya dalam pelajaran. buktikan pada diri yang kau boleh. tak kiralah betapa susah pon kau kena hadapinya. akuh akan doakan kau dari sini, ye adik.. akuh nak tengok kau pakai macam pic kat bawah ni lagi.

 ni lah yang akuh maksudkan. handsome kau adik~



 akuh akan rindu kau selalu. tapi cuti sem jangan lupa balik. sayang kau lebih.. tapi, nfon akuh yang kau ilangkan tuh jangan lupa ganti yang baru, akuh tuntut ok, hahahaah !








apa boleh di kata ???

salam petang a.k.a senja warga blogger~

untuk n3 kali ni akuh nak cherita pasal... pasal cherita dua tiga hari lepas.. ok, schedule akuh untuk minggu lepas agak padat disebabkan akuh buat 2 perkara dalam 1 masa. which means  study sambil keje.. haa, cmne tuh ??? mesti korang tertanya2 kan...

okok.. akuh n bff akuh baru jek decide 2week ago utk kerja.. bagi meringankan beban family nak tanggung kami study.. bg bff akuh, memang dia ade family yg perfect tapi dia tak pernah berharap yg family dia akan tanggong sume kos study dia kan.. sebab dia tau dia daripada golongan yang bukan senag taraf hidupnya. untuk akuh pulak, since arwah ibu meninggal, semua perbelanjaan akuh tanggung sendiri. tak pernah nak mintak kat sesape. disebabkan inilah, akuh n bbf akuh decide untuk kerja. 

 biarlah setakat kerja kat kedai makan, akuh tak kisah. mungkin ade dalam kalangan kawan2 akuh pikir n mungkin beranggapan yang setakat kerja kat kedai makan ni nampak hina. 'low class' n berapa sangat lah gaji yang kitorang dapat. damn ! apepon yg diorang pikir, akuh tak kisah. akuh tak amek hati pon. sebab akuh bukan jenis camtuh. asal akuh tak menyusah dan menghabiskan duit keluarga dengan benda tak berfaedah dan membazir, sudah !


sekurang-kurangnya kelak, akuh tak kekok nak buat sebarang kerja pon. biarlah orang nak pandang rendah kat akuh, janji bila ade sesuatu cabaran, akuh dapat buat tanpa sebarang rungutan. sebab dah biasa. bermula sekaranglah akuh cuba biasakan hidup dalam keadaan susah. mana tahu, esok lusa(beberapa tahun akan datanglah) insyallah , tuhan lancarkan perjalanan hidup akuh ke arah kesenangan. siapa tahu kan !


siapa tak cemburu bila tengok, kawan2 lain hidup senang. mintak ape saja confirm dapat. tak macam akuh, nak ape pon kena berusaha sendiri. that's why, kalau ade benda yang akuh nak tapi tak berkesempatan untuk dapat, akuh tak lah nak terasa. tapi, bila akuh perhatikan keadaan kawan2 akuh. diorang memang beruntung. lahir2 jek, da bersenang lenang. even, kesusahan tuh parent diorang yang tanggung. tapi tak kisah lah, sebab parent diorang taknak anak2nya rasai ape itu kesusahan kan. tapi jangan salahkan parent jugak, kalau kelak anak2nya tuh tak pandai nak handle problem bila dalam kesusahan.


akuh paling pantang bila orang tuh hanya hangat2 tahi ayam. hanya tahu cakap dimulut, tapi bila buat sesuatu cepat mengalah. tak kisah lah, tak pernah buat pape pon. tapi sekurang2nya cuba lah, kalau tak cuba mana kita nak tau kan.. kalau camni, akuh pon boleh. tapi akuh nak 'highlight'kan semula yang akuh bukan macam tuhh ! akuh tak suka bersenang lenang atas hasil usaha orang lain. akuh jugak tak suka orang bersimpati atas kehidupan akuh yang camni. tolong lah, korang tak payah nak bersimpati sangat. dan akuh pon tak suka nak amek kesempatan atas kesenangan orang.

so, terpulanglah kepada sesiapa yang terbaca n3 ni nak kate ape pon kan.. ni n3 akuh, ape boleh korang kata ??? kan.. 




waktu : dari senja-malam
cuaca : sejuk2 hangat
masa : 08:35pm

 

Saturday, July 16, 2011

tak puas hati.

selamat malam..

hari ni hari yang paling tak puas hati lah akuh rasa..
nak tau sebab ape ? sebab banyak benda yang menyakitkan hati akuh lah ! pertama sekali yang buat akuh sakit hati adalah berkaitan hal pagi tadi.. agak sakit sebab macam2 perkara berlaku seperti.. kes pembuangan sisa pepejal.. ehh, silap.. kes hujan lebat pagi tadi adalah pembuka cherita akuh pada malam ni..

pagi-pagi lagi sebelum akuh berangkat ke class, akuh telah cuci rambut.. sebelum ke kolej tuh sempat jugak lah rambut akuh ni kering. da punya chantik kering n nampak beralun jek.. tetiba sampai kt kolej masa da turun kete, hujan turun bukan main lebat lagi. memang takde ape yang boleh akuh cover rambut akuh ni daripada disimbahi air hujan tersebut... ape lagi, basah la.. dengan lencunnye pada bahagian kepala jek..

yang tuh xpe jugak, mungkin hujan turun hasil berkat daripada tuhan. yang buat akuh agak terkesima n terbengang n geram, watu class HR. boleh pulak lecturer akuh wat andaian dan andaian dia tuh samakan akuh dengan cleaner.  perghhh ! agak bengkek time tuh.. tapi nak buat camne, nasib kau memang baik.. kau lecturer akuh, takkan akuh nak sound kau balik kan.. cukuplah sekali akuh tertinggikan suara kat kau, akuh taknak lah dicop sebagai derhaka pulak nanti,. (seb baek kau kate betul pasal assignment yg akuh buat tuh) 

hahahha, then. yang paling sakit hati n otak bila discuss dengan lecturer yg lagi sorang tuh. suruh wat project proposal tapi bila da lengkap, di'reject'nya pulak. aduyai. apelah nasib. padahal da cukup ok la group kami buat pasal project proposal tuh. puas jugak akuh n member yang lain pikir idea yang seterusnya. damn ! buntu, kusut, serabai, serabut. hahaha.. agak-agak nak buat event ape yang berasaskan academic ek ?? selain talk, seminar n what so ever. any ideas ?

oh, memang tak puas hati betul. kadang-kadang ape yang da dirancang dengan baik mesti tak sempurna jadinya. sebab tuh la sir, asal ade class jek mesti cancel. bila nak jumpa n discuss, sir takde pulak. nasib baik tergerak hati kitorang nak tanya, kalau tak ?? choii lah !!


sekarang, nak tak nak memang kena pikir n buat balik project proposal tuh. by next week kena submit. memang gila lah weyh ! hah, sudah. malas mau kusutkan lagi otak wat masa sekarang.


waktu : subuh
cuaca : tak berapa nak sejuk
masa : 06:35am

 
 

Wednesday, July 13, 2011

13 july 2011- wednesday

Tiada cherita untuk hari ini, harap maklum~

















DEAR : MAN & JULIA.

Toksah nak usha sangat lah kan, akuh tau korang excited nak follow blog akuh...
hahahahahahhahahahahah !!!! 

Tuesday, July 12, 2011

ini cherita akuh !

salam mesra warga blogger~

n3 kali ni akuh nak bersuara habis-habisan tentang diri, hidup dan juga sikap akuh sendiri. biarpun tiap kali akuh menaip di papan kekunci, tiap kali tuh jugak mulut akuh akan mengeluarkan suara seakan mengomel. tapi kali ni tidak, sebab akuh sedang menghadapi konflik dengan mulut.(gara-gara terkena pukulan daripada sang lappy pagi tadi) damn ! agak bengkak sikit, hope esok daa sembuh la. aminn~

ok.. mengenai n3 akuh ni, kenapa akuh perlu menekankan hal diri, hidup n sikap akuh ? sebab akuh nak korang tahu dan buat penilaian tentang kehidupan akuh. kedengaran agak sadis jek n3 ni, tapi ni lah hakikatnya. biar orang kenal akuh melalui cara ini. dah, malas nak bebel lagi. kita teruskan, ya !

bagi mereka yang baru kenal akuh atau tak pernah nak kenal dengan akuh, mereka perlu tahu yang akuh sememangnya seorang yang pendiam. tapi bila dah lama kenal atau orang yang akuh kenal tuh sekepala, akuh jamin mereka pasti tak kering gusi melayan akuh. akuh pon sebenarnya tak pilih bulu atau dalam erti kata lain tak pilih darjat nak kawan dengan orang. biarpon orang tuh kaya ke miskin, kurus ke gemuk ke, cantik ke kacak ke or what so ever, akuh tetap kawan dengan mereka dengan ikhlas hati.

 cuma, akuh tak tahulah mereka punya perasaan yang sama dengan akuh atau tidak. atau mereka terpaksa kawan dengan akuh sebab akuh punya kawan yang mereka suka. wallahualam.. ye, akuh sedar akuh bukanlah seorang kawan yang punya pakej yang lengkap, malah tak sempurna. akuh pon bukanlah mengejar title or pujian untuk kawan dengan orang. tak kiralah mereka tuh laki atau perempuan. so, korang ! akuh bukan jenis yang bajet HOT cuma akuh akan elakkan dari berkawan dengan mereka yang tak punya masa depan atau yang boleh membawa ke arah kesesatan dan kerosakan. mintak simpanglah !

so, sekarang akuh masukkan sikit bab kehidupan akuh. biarpun akuh ni dibesarkan dari keluarga yang memang tak sempurna tapi akuh bersyukur yang kihidupan akuh tak dicemari dengan perkara2 yang mambawa kepada kesesatan. tak habis-habis dengan kesesatan kan  hahaha... yelah, dibesarkan dalam keluarga yang kucar-kacir. maksod akuh disini adalah masyarakat paling takut untuk dibesarkan dalam situasi keluarga yang akuh sebutkan tadi. memang rasa agak serik jugak tapi rupanya akan ada hikmah disebaliknya kelak.

ye, kadang2 akuh akui yang akuh sangat cemburu melihat kawan2 yang lain punya keluarga yang sangat2 sempurna. punya ayah ibu yang sangat ambil berat hal anaknya. cemburu melihat mereka boleh berkongsi cherita, suka dan duka, berkongsi segalanya. tapi akuh, memang hanya mampu melihat dan berkongsi rasa gembira dari dalam hati.

selain akuh tak punya keluarga yang sempurna, akuh jugak tak punya apa2 pakej yang sempurna lah termasuklah rupa paras mahupun harta benda. tapi 1 jek yang akuh berani mengaku yang akuh punya kesempurnaan, iaitu akal fikiran dan hati. sebab apa ? sebab akuh pakar dalam menilai apa sahaja yang akuh rasa perlu akuh nilaikan. dan akuh amat2 teliti bila menilai seseorang atau sesuatu. 

saat akuh bergelak ketawa, jangan korang sangka yang akuh memang sedang riang melayan perasaan itu. tapi sebaliknya dalam situasai itu, akuh boleh membuat pelbagai tafsiran yang selalunya memang tepat dan mengena. so, hati2 k !

akuh memang sukakan cabaran dan akuh bencikan perkara yang remeh temeh.ye, sifat akuh memang lebih kepada kenakalan dan akuh berjiwa ganas meskipon korang akan lihat dari rupa paras akuh memang nampak seakan gadis yang sopan, lemah lembut, comel, keanak-anakan. tapi, siapalah akuh yang nak menukar kejadian ciptaan ALLAH. biarpon luaran akuh nampak sebegitu tapi dalaman akuh memang agak bertentangan. malah akuh bersyukur sangat sebab akuh tak terlampau bergantung kepada sesuatu. misalan, totally bergantung hidup pada keluarga mahupon orang lain. akuh yakin yang akuh mampu buat segalanya sendiri biarpon perkara itu sepatutnya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. Belum cuba belum tahu kan !

ok lah, akuh rasa korang pon tak nak baca n3 yang sebegini panjang berjela-jela kan. biar akuh stop kat sini dulu. lain hari akuh sambung lagi ya..

*_^

waktu : malam
cuaca : dingin
masa : 10:55pm

Monday, July 11, 2011

isnin ! isnin ! isnin !

hye, warga blogger~
malam ni akuh nak cherita berkaitan hari ini iaitu hari isnin ! kenapa ya ? sebab bagi semua orang mengaku yang hari isnin ni hari yang sangat malas, sangat malang, n bagi sesetengah orang bersyukur kalau hari isnin takkan pernah muncul.
tapi bagi akuh, hari ni hari yang sangat happy.. tak tahu lah kenapa.. awal-awal pagi lagi saya sudah tersenyum riang.. disebabkan kawan class subject economic saya tersalah masuk class, maksudnya hari ni memang takde class economic lah.. hari ni, class sepatutnya adalah HRM. tapi akuh pelik jek dia dengan slumber masuk class.. memang GELAK BESAR lah akuh pagi tadi.
dan, happy akuh berterusan sampailah kat class HRM. lecturer HRM akuh ni pon tetibe jek akuh tengok happy, menang loteri ke ape.. hehe, acah jela. tak pasal2 akuh boleh jek sound direct giler kat dia lam class. kenapa ? sebab dia buat akuh bengang sikit, cukuplah sekali ulang ayat tuh. kitorang paham lah, sir. tak perlulah nak ulang ayat "betul tak, betul tak, betul tak" ni sampai berkali-kali. kan akuh da menjawab "betullah !!!" kuat-kuat. sampai bff akuh tegur suruh relax. hahaha ! first time beb tertinggikan suara. sorry lah sir, takde niat pon.. cuma saya da jawab pertanyaan sir, tapi sir agak blurr disitu, hhuhuhu... n yang tak boleh blah, bff akuh boleh usha muka akuh n sir ni.. dia cakap ade iras-iras n sama kat tang mata. damn ! mengarut betullah !!
ok, stop pasal lecturer tuh. sekarang sambung cherita yang berlaku selepas itu. lepas abis class, akuh n bff n sorang lagi classmate lepak kat library. lepas abis cari bahan n buat sikit assignment, kitorang pon mulakan sesi berborak. macam-macam cherita kami borak, dari hal yang mengembirakan sehinggalah ke hal yang membuatkan kami mengalirkan airmata bersama-sama. agak janggal disitu. damn again ! 
oh, sebelum terlupa. lepas abis class HRM, kami ke class finance pula. dalam class ni, ada cherita lucu jugak. salah seorang classmate yang selalu sakat akuh "like a g-6, like a g-6" ni, jatuh kerusi beb ! haha, sejurus lepas tu dia tersipu-sipu malu. nak cakap badan dia 'godang'(besar), tak jugak. badan dia spesis normal kot. ape lagi, kitorang satu class bantai gelak la..
then, lebih kurang kul5:30 camtuh akuh, bff n lagi sorang classmate tuh lepak kt kedai makan yang selalu geng kitorang lepak. disebabkan hal luahan hati kat library, kitorang dengan tekadnya mencari kerja sambilan kat kedai makan tuh. finally, dapat jugak. esok dah boleh mula beb, hahahaha ! gajinya pon berpatutan jugak, mengikut gaji yang student sepatutnya dapat.
okok, akuh rasa macam panjang jek cherita hari ni kan. tapi ade 1 lagi cherita yang akuh nak kongsi, ni pasal abang satria merah. akuh terserempak dengan dia kat uplaza sebelum balik tadi.. tetibe happy jek perasaan ni. macam baru jumpa kekasih hati. erkk~ entah, rasa macam jodoh pulak.ehehe, gatai ! makin hari makin dekat jek rasa. tapi lepas ni rasa macam akuh akan jarang dapat bertembung dengan dia. yela, busy dengan study, busy dengan kerja lagi. haish !
betullah kata orang, KALAU ADA JODOH TAK KAN KEMANA. huhuhu... akuh nak choww dulu lah. sok nak kena bangun awal. kalau ade cherita yang lagi menarik, esok akuh kongsi k.
waktu : malam
cuaca : berangin
masa :10:55pm