....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

27 september 2011

tarikh ni nak kata penting tak jugak, nak kata tak penting pon tak jugak. tapi, tarikh ni akuh akan ingat sampai bila2(selagi boleh ingatla). 


tarikh ni tarikh dimana harinya jatuh pada hari selasa. hari selasa ni merupakan hari pertama akuh keluar dengan zafran a.k.a satria merah. keluar makan. bukan berdating.


lebih kurang pukul7:00pm kami keluar bersama. sepatutnya kami keluar sedikit awal tetapi memandangkan akuh ade program dengan mentor terpaksalah melewatkan waktu hang bersama. 

then, masa pukul 7 tuh dia dah tunggu akuh kat tesco area kampus. kami bergerak ke area jusco bukit raja dengan menaiki kereta kesayangannya, satria merah. hati berbunga-bunga bagai weyh !!! huhuhu.. tapi kesian kat dia, dia dah tunggu akuh kat tesco tuh hampir satu jam lebih la. hohhohoho...


kami gi ke jusco bukit raja coz dia dah janji nak belanja akuh makan desert. n pilihan desert akuh lak agak demand. dia yang janji nak belanja akuh desert, so pilihan desert akuh sudah semestinya BR. huhuhu.. sampai RM14.85 harga ice cream yang akuh pekena dia. bukan pisau cukur, dah dia yang suruh akuh pilih jek ape yang akuh nak. so, paham2 la kan..


ohh, sebelum terlupa, kawan2 akuh ada jugak teman akuh keluar bersama. thanks kepada cik nina, ezlin(bff) n wan yang sudi teman walaupon keadaan wan yang tengah demam masa tu. then, akuh dengan rasa kasihan telah meminta wan n nina pulang ke rumah sebab tak sampai hati melihat keadaan wan yang tengah menggigil. so, tinggal ezlin yang menemani akuh jalan2 dengan zafran.


selepas makan BR, dia ajak akuh masuk kedai buku MPH. katanya nak usha buku, hmm.. budak nerd la katakan kan... hampir setengah jam baru lah kami bergerak menghantar BFF akuh ni balik rumah coz dia tak boleh balik lewat. before that, zafran ajak gi supermarket. katanya nak beli barang. rupa2nya dia hanya nak beli sushi. ceh !! akuh pulak hanya nak beli air mineral jek, tapi dia sempat rampas air yang akuh nak beli semata2 nak bayar untuk akuh. so sweet, tapi rentapan dia tuh giler tak mesra. huh !


so, lepas tu kami pon gerak pulang untuk hantar bff. sepanjang perjalanan tu kitorang berborak panjang. kesian ezlin asyik kena perli jek. akuh pulak hanya mampu tersengeh n tersenyum sebab soalan yang bff akuh tanya kat zafran dah pon ditanya olehku awal2 lagi. oh, lupa. masa gerak ke jusco, hanya akuh n zafran jek dalam kereta satria tu. bff, cik nina menaiki kereta wan. 


selepas bff akuh selamat sampai di rumahnya, akuh meminta tolong zafran untuk membetulkan seat kereta kembali ke tempat asal tapi ayat yang terkeluar daripada mulut dia sungguh akuh tak sangka. dia ingat akuh tak dengar ke hah ?!! masa tu bff akuh nak keluar daripada kereta dari seat belakang. kalau kereta satria yang hanya mempunyai 2pintu sahaja. so paham2 la kan..


akuh mintak tolong jek pon, tolong betulkan seat jek. ada ke dia cakap "biar dia buat, lama2 pandai lah tu" kat bff akuh. tersentak siot ! ceh, akuh mana lah reti. hmm, pekakkan jela telinga. then, kami ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah akuh untuk teman dia makan.kesian, dia lapar rupanya. mana taknya, dari informasi yang diberitahu dia hanya makan roti jek sepanjang hari.


setibanya di kedai makan, akuh berkeras tak mau order makanan coz akuh jarang makan waktu malam. tapi dia ni kadang2 ego jugak ! dia paksa akuh order makanan sekali, kalau tak akuh kena kongsi makanan dengan dia. arghhhh, tak mau akuh !!! so, terpaksalah akuh order bihun goreng jek. tu pon tak abis n dia kena paksa pulak dengan akuh untuk habiskan bihun akuh tuh. hahaha, kesian dia lagi ! tapi tak habis pon coz bihun tu memang tak sedap. uhuhuhuuhuh...



sepanjang di kedai makan, kami berborak, bermain mata, bergelak ketawa, n perli memerli bersama2 agak lama. hampir satu jam setengah kami berada di kedai makan tu. disebabkan akuh ada hal yang kena buat malam tu, so terpaksalah akuh n dia menghentikan perbualan n pulang ke rumah. hampir pukul11:15pm barulah akuh selamat sampai ke rumah. huuhhu...


tak sangka, begitu singkat cara perkenalan kami tapi connection antara akuh n dia macam dah lama kenal. huhuh.. 

15 september 2011

selamat petang warga blogger~ 



agak lama tak update blog memandangkan berukband akuh selalu je buat hal. sedar tak sedar minggu depan dah mula final exam. hmm, ready kah akuh ??? mungkin..


ok, berbalik kepada title n3 kali ni kenapa akuh hanya meletak tarikh je ?? kenapa ???

pada tarikh tersebut akuh telah melanggar prinsip hidup dengan mencabar diri akuh sendiri untuk menegur lelaki yang akuh admirer sangat. dan feedback yang akuh terima agak positif. zafran a.k.a satria merah. akuh dah pon dapat nombor telefon n email address. 

hari ni dah masuk hari yamg ke-15 akuh kenal dengan satria merah. mula2 texting, akuh dapat agak dia seorang yang sangat nerd. serius. tak pandai nak bergurau. ber'speaking' bagai even dalam text pon.  tapi hakikatnya bukan macam tu. dia memang lain daripada yang lain.  biarlah orang nak kata apa pon tentang cara dia, tapi akuh tetap akan berkawan dan terus berkenalan dengan ikhlas.


dari kenal biasa2, sampai lah mula bersindir2. hmm...

Sunday, September 11, 2011

raya dengan family baru :)

selamat tengahari blogger~


cherita yang nak akuh kongsikan disini adalah berkaitan dengan pengalaman beraya bersama family baru(rakan2MSU) semalam. hampir 5buah rumah yang kami kunjungi. perjalanan dari shah alam-KL-PJ-meru klang-puncak alam.

daripada mood happy n excited nak konvoi raya ramai2, last2 bertukar sedikit bosan n tak selesa. ni semua gara-gara stuck in traffic kat kL. hampir 3jam tersangut dalam kesesakan jalan raya.
al-kisah, konvoi kami mewakili 3buah kereta. 2buah kereta telah berkumpul n bergerak ke KL bersama2 dari shah alam. dan sebuah kereta lagi akan turut menyertai dari kL. sebaik sampai di kL(wangsa maju), member2 yang lain terpaksa singgah di rumah syed untuk membuang hajat. akuh yang telah menumpang kereta orang terpaksa bergerak dahulu ke bandar tun razak kerana nak menjemput seorang lagi rakan yang akan menyertai konvoi ni.

sepatutnya akuh menaiki kereta sendiri tetapi disebabkan faktor malu dan segan beberapa orang rakan lelaki akuh yang berkeras tak mahu menompang kereta si Helmi ni, akuh dengan terpaksa menawarkan diri menaiki kereta lain. so, akuh telah mengamanahkan kepada 2 orang rakan untuk menjadi pemandu berhemah untuk memandu kereta akuh tu. so, akuh menompang kereta Helmi yang juga dinaiki oleh Shibli(ex-person yg akuh pernah admirer) huhuh..
dalam perjalanan nak menjemput seorang rakan(arif) di bdr, tun razak tu, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam berterusan menjadi 2jam akibat kesesakan orang kota menyambung aktiviti raya mereka. akuh yang duduk berseorangan di seat belakang hanya mampu mengeluh, membebel n melayan perasaan kerana mood semakin hilang pada waktu tu. Helmi n Shibli sudah mula menyanyi sambil menjerit2 untuk mengurangkan sedikit tekanan perasaan kerana menempuh kesesakan jalan. 

akhirnya, tepat pukul3.30 barulah kereta kami sampai diperkarangan rumah nina(classmate) yang terletak di jalan semarak. kami berkumpul di rumah nina sebelum bergerak menyambung konvoi ke rumah yang seterusnya. masa ni akuh telah kembali ke kereta kesayangan. selesai beraya disekitar kL, kami bergerak ke PJ, rumah helmi. kereta akuh n syed telah tersesat disekitar PJ kerana tak tahu jalan. huhu, puas setengahjam pusing akhirnya sampai jugak pada pukul7.45malam. dan tepat jam 8.30malam kami bergerak ke rumah kak linda yang terletak di meru klang.

di rumah kak linda lah yang paling meriah. semua sudah stress n mula membuat sesuatu yang agak menggilakan. kebetulan di rumah kak linda mempunyai set drum. so, rakan2 lelaki akuh ni mula menunjukkan aksi stylo diorang dengan berebut-rebut nak tunjuk kebolehan dengan bermain drum. habis riuh satu rumah ! then, selepas aktiviti tu tamat. kami meneruskan konvoi raya ke rumah yang terakhir iaitu iqa yang terletak di puncak alam. masa pada waktu itu sekitar pukul10.45malam n suasana hujan telah menyertai kami. 

kami tiba di rumah iqa sekitar kul11.15malam, kami terpaksa jugak bertandang ke rumah iqa sebab beliau telah menyediakan hidangan untuk kami dari patang lagi. tepat jam12malam, kami terus bergerak balik ke shah alam unutuk menghantar rakan2 yang menetap di situ. hampir pukul 1.15 pagi barulah akuh tiba dirumah dengan selamatnye. dalam hati timbul rasa risau kalau2 kena marah dengan family ke kan.. tapi alhamdulillah, akuh da terangkan situasi yang sebenar kat family pagi tadi n mereka memang memahami. huhuu..
ni pengalaman pertama beraya bersama keluarga baru yakni rakan2 di kolej yang dah agak rapat. macam2 peristiwa yang berlaku seperti, nyaris xcident, minyak kereta yang hampir kering, tersesat jalan n berparti didalam kereta akibat menangani stress. semua cukup sempurna dalam mencipta pengalaman bersama mereka. insyallah, jika berkesempatan lagi, kami akan membuat aktiviti seperti ni lagi tahun depan. yang sedih, fatin, opie n wan tak dapat turut serta semalam. huhu..

 waktu: patang
cuacaa: terik
masa:01:15 pm

Thursday, September 8, 2011

terjawab sudah !

selamat pagi~ terlalu awal pagi sangat untuk akuh meng'update' blog hari ni. terlewat sikit dari yang dijanjikan di n3 sebelum ni. tapi takpe, akuh tetap update jugak even jari n mata ni rasa malas jek nak menaip. huhuhu



untuk sambungan mengenai ape yang akuh rasa semalam adalah berkaitan dengan sipolan yang bergelar satria merah tu. cerita yang tak begitu menarik dirasakan untuk dikongsi dalam blog ni, tapi akuh still jugak nak cerita.
akuh pernah bagitau yang akuh da pon menjalankan misi memberi kad untuk sipolan itu kan?? ingat lagi tak ?? ok ! then, semalam akuh telah di'cuak'kan oleh classmate akuh c nina ni mngenai info yang dia nak sampaikan pada akuh. cara penyampaian dia tuh yang membuatkan akuh tersangat cuak n rasa lain macam. ye ! memang betul rasa lain macam !!

tapi ,jangkaan akuh salah mengenai ape yang telah akuh expect daripada sipolan itu. pesanan yang telah disampaikan oleh nina selepas memenuhi syarat yang agak sexual harassment yang dipinta oleh nina sendiri, akhirnya terbongkar sudah teka teki yang bermain dibenak akuh sepanjang malam tadi.

peasanan itu berbunyi : 
nina : jie, satria merah ade tinggalkan pesanan kat effa.
akuh : ape dia ?? cepat la gtau.
nina : sipolan tuh kata jie macam tak ikhlas jek bagi kad tuh.
akuh : hah ? erk..
nina : sipolan tuh kirim salam kat jie. *_^
akuh : erk.. waalaikumusalam. eh, jap. nape lak tak ikhlas ? lau tak ikhlas, kita tak la bagi kad tuh kat dia.
nina : yela, sipolan tu kate isi kad tuh kosong. takde tulis pape pon.
akuh : hoh ? kan kat kad tuh da memang ade tulisan, buatpe kita nak tulis lagi.
nina : at least tulis la something yang leyh buat dia berbunga2 n xcited dapat kad daripada jie.
akuh : banyak songeh pulak la sipolan tuh. haish !
nina : (tergelak) letak la from your secret admirer ke, saya nak kenal awak ke.
akuh : hoh ?! demand pulak mamat ni. lain kali la kita bagi kad yang ikhlas punya. huh ! takpon, nina tlg cakap kat effa, suruh sipolan tuh balas balik guna cara yg sama yg kita buat. ok tak ? kita taknak pesanan dia tuh disampaikan melalui mulut ke mulut. biar dia pulak yg bagi kita kad.
nina : ok, t kita sampaikan pesanan tuh ye. huhhuh


hah, sipolan tuh bukan main demand pulak kan. tak sangka, nerd tapi banyak songeh. aduyai. akuh de gak minta pendapat kat member akuh yang lelaki pasal tanggapan seseorang lelaki bila berada dalam situasi sama macam sipolan tuh. then, member akuh kate kalau yang pemberi kad tuh just letak nick tanpa nota lain dats mean si pemberi tuh mungkin malu. takde kena mengena dengan ikhlas atau pon tidak.
hmm, akuh pon dah tak tau nak kate ape lagi. tapi yang pasti akuh memang ikhlas bagi kad tuh n nak kenal ngan dia. takpe lah, kita tunggu jela feedback seterusnya daripada dia lepas ni.


*awak kate saya tak ikhlas. awak, sebenarnye saya segan~

waktu : 1/3 malam
cuaca : dingin
masa : 01:33am 

Wednesday, September 7, 2011

rasa lain macam !

selamat malam blogger~




hari ni hari ketujuh kita menyambut kedatangan syawal, sekejap jek masa berlalu. raya pon sambut kat bandar, tak meriah macam kat kampung kan. sepanjang raya ni hanya pusing2 sekitar ibu kota kuala lumpur jek. sampai tersesat ke genting highland la gara2 tersalah amek lorong.
then, ahad lepas g konvoi raya bersama teman lama. teman waktu sekolah rendah dulu. sampai lewat malam. seronok dapat spend time dengan diorang semua. even, umur da dikira matang tapi bila gather blk masing2 macam kembali ke alam kanak2 semula. untung dapat reunion masa raya ni. hmm.. dapat mengeratkan kembali hubungan yang sekian lama rengang. kan !
berbalik pada tajuk n3 akuh ni, berkaitan dengan something. something yang akuh sendiri pon tak tahu lagi. menurut classmate akuh si nina ni, dia ade pesanan untuk akuh. puas akuh korek2 n pujuk n psycho dia suruh bagitau jugak melalui sms, still tak 'lut2' gak. makin lama makin rasa tak keruan. apakah pesanan itu ya ???


mungkinkah perkara yang sama berulang lagi. perkara di'reject' ! ya ALLAH, memang nasib akuh ke selalu di 'reject' ?? atau.. atau.. hmm, memang la tak tahu hujung pangkal ceritanye lagi tapi jauh disudut hati akuh dapat rasa something. something yang akuh sangka dari awal lagi. 

tak salah pikir yang negative dulu kan ??? at least, bila kecewa dapat membendung kesedihan dengan lebih awal. pape pon kita tunggu pesanan tuh esok ye. then, akuh akan kongsikan kat next n3.


 ouh, sebelum terlupa. akuh dah bagi kad tuh kat budak satria merah. tu pon bantuan daripada roommate kpd classmate akuh. thanks untuk diorang kerana secara tak langsung terlibat dalam hal ni. jasa meraka akan dikenang sampai cucu cicit akuh kelak !


ok la, cukup la akuh luahkann rasa tak keruan akuh ni kat sini dulu. esok sambung lagi.


waktu : midnight
masa : 12:03am
cuaca : dingin jek 

Tuesday, September 6, 2011

tolong aku

Tolong aku
Sahabatku

Dengarkan jerit hatiku


Tentang dia


Tentang dia


Masih selalu tentang dia




Ajak aku bersamamu


Ke mana pun yang engkau mahu


Tenangkan aku


Tenangkan aku


Sabar mentenangkan aku




Dia pernah membuatku merasa sempurna


Hingga aku pun menjanjikan selamanya


Namun ternyata mimpi yang dia punya


Berbeda (2x)




Aku takkan bisa


Hidup tanpa dia


Dia yang membuat


Aku bahagia


Tolong daku untuk


Melupakan dia


Sungguh hanya itu


Yang aku pinta




Dia pernah membuatku merasa sempurna


Hingga aku pun menjanjikan selamanya


Namun ternyata mimpi yang dia punya


Berbeda (2x)




Aku takkan bisa


Hidup tanpa dia


Dia yang membuat


Aku bahagia


Tolong daku untuk


Melupakan dia


Sungguh hanya itu


Yang aku pinta






Ajak aku bersamamu..

*kredit cik gugle